Jumaat, 14 November 2008

MENANTI SAAT KEMATIAN BOND

Apa lagi yang hendak ditonjolkan dalam siri Bond agaknya. Mulanya sebuah kisah ajen pengintip yang dikelilingi kemewahan dan gadis-gadis cantik, juga Martini yang digoncang, bukan dikacau. Kemudian menyingkap semula dirinya sewaktu muda, sewaktu mentah, sewaktu keras kepala. Menyuntik kisah cinta pertama yang berakhir dengan kematian. Ya, kedua-dua gadis yang Bond cintai menemui ajalnya (Vesper Lynn dalam Casino Royale dan Tracy dalam On Her Majesty's Secret Service). Semuanya untuk mengaut keuntungan dan box office.

Aku rasa cerita Bond sudah semakin lemah dan lesu. Sudah tidak mampu lagi menarik minatku. Mungkin plot terbaik untuk filem Bond akan datang adalah saat 007 menghabiskan hari tua dan menemui ajalnya.

Barulah filem Bond menjadi lebih logik.

4 ulasan:

cerpelai berkata...

Hahahahaa..
Filem inggeris mana ada yang logik?..
Tapi dalam tak logik tu pun, diorang guna imaginasi yang sangat tinggi..!!
Itu yang gua sanjung (sanjung ke?)

Mungkin kematian Bond tetap akan direalisasikan nanti.. tunggu jelah..!! Pelakon bertukar-tukar, wataknya tak pernah kena demam sekalipun..!! Pakai ilmu kebal agaknya.. kehkehkeh..

(Gua rasa Pierce Brosnan lebih sesuai memegang watak itu..)

Salam bro..

Ajami Hashim berkata...

pehhh! kuciwa abis tu bro! wakakaka!

Aku berkata...

Gua mmg dari dulu kureng sket citer Bond ni bro ...

zulazahari berkata...

Kecewa? Taklah sangat....mungkin jemu kot, sebab era 60'an dan 70'an filem Bond merupakan trendsetter, banyak filem yg meniru gaya Bond, tetapi skrg dah terbalik bila filem Bond pula meniru filem lain, aksi dlm QOS dah selalu kita tonton dlm filem lain, so dah tiada istimewa lagi untuk filem Bond. Bagaimanapun aku suka bila environtmentalist dijadikan samaran untuk villain, memang hakikatnya begitu.