Sudah bersedia untuk torture horror daripada Great Britain? Mum & Dad merupakan judul terbaru filem bercorak seram dan penyeksaan daripada England. Filem ini diarahkan oleh Steven Sheil berdasarkan kisah benar tentang pasangan pembunuh bersiri Fred dan Rosemarie West yang aktif di England sekitar tahun 70'an dan 80'an.
Filem ini mengisahkan seorang imigran dari Poland bernama Lena bekerja sebagai pencuci pejabat di Lapangan Terbang Heathrow, telah terlepas bas terakhirnya. Dia menerima pelawaan teman sekerjanya Birdie, untuk bermalam di rumahnya bersama 'keluarga angkat'nya. Apabila Lena tiba di rumah tersebut, dia telah disuntik dengan ubat pelali menyebabkan dia tidak sedarkan diri. Apabila tersedar, dia mendapati dirinya menjadi tawanan di sebuah rumah penyiksaan. Lena diberi pilihan sama ada hendak menyertai keluarga itu dan menyeksa tawanan yang lain ataupun menjadi subjek penyeksaan. Menarik tentang filem ini kerana DVD nya dikeluarkan serentak dengan tayangan di pawagam. Ia juga boleh diperolehi dengan download melalui internet.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan