Isnin, 17 November 2008

Uh-oh!!! Jason kembali!!!


Alamak! Orang gila yang pakai topeng hoki dah kembali! Tapi kali ini lebih muda, dan lebih bergaya. Hehe....Jason dah pakai jaket kulit.

Remake untuk filem Friday the 13th diarahkan oleh Marcus Nispel dan dilakonkan oleh Jared Padalecki (Sam Winchester dalam siri TV Supernatural, kali ini dia tak bawak senapang), Derek Mears sebagai Jason Vorhees dan Amanda Righetti untuk memuaskan nafsu mereka yang tak berani menonton filem porn (apa aku merepek ni?).

Dan filem ini menandakan bermulanya era baru untuk Jason Vorhees apabila francais filem Friday the 13th bermula semula (aku ingatkan James Bond saja yang immortal).

Aku sedang menunggu untuk crossover Jason vs Rambo, tentu gempak punya. Ada ke filem ni?

TRAILER FRIDAY THE 13TH

Tiada ulasan: