Isnin, 3 November 2008

HISTERIA, FILEM GORE SLASHER PERTAMA MALAYSIA?

Mungkin ini jawapan bagi soalan mahhass tentang bila agaknya Malaysia akan mengeluarkan filem gory slasher horrornya sendiri? Mungkin buah tangan James Lee ini jawapannya. Mungkin.

Histeria, sebuah filem bercorak seram dan ngeri, boleh juga dikatakan berkonsep teen slasher kerana mengisahkan kehidupan beberapa orang pelajar perempuan yang menuntut di sebuah sekolah berasrama. Ketika cuti semester, beberapa orang pelajar telah didenda untuk membersihkan kawasan persekitaran sekolah. Semuanya bermula apabila seorang daripada pelajar tersebut telah mengambil sesuatu yang tidak sepatutnya diusik. Akibat tindakan pelajar itu seorang demi seorang pelajar tersebut telah diganggu dan ada yang dibunuh oleh sesuatu yang tidak diketahui. Konsep begini biasa kita lihat dalam filem-filem seram Korea Selatan dan Jepun seperti Whispering Corridor, Voice, One Missed Call dan sebagainya.

Filem ini dibintangi oleh Liyana Jasmay, Noris Ali, Ainul Aishah, Ady Putra, Yuhana Yahya, Naftalya, Scha dan Norliana Samsudin. Turut berlakon ialah M. Rajoli sebagai bomoh, Kazaruddin Saisi sebagai tukang kebun dan Vanidah Imran sebagai ustazah.

TRAILER HISTERIA

Tiada ulasan: