Rabu, 5 November 2008

CINTA PERCUMA ATAU BEBASKAN CINTA? APA-APA AJELAH

Bagi peminat band dan muzik Indie (jangan konfius dengan Hindi yer), band Free Love akan mengadakan showcase sempena pelancaran album pertama mereka di Cloth & Clef, 30, Jalan Changkat Bukit Bintang, KL (berhampiran Little Havana) pada Ahad ini, 9 November 2008.

Mereka akan mempersembahkan kesemua lagu di dalam album terbaru mereka dan beberapa lagu lama. Selain persembahan daripada Free Love, beberapa band jemputan juga akan mengadakan persembahan seperti band Couple, Killeur Calculateur, Denial daripada Indonesia dan The Jeffry.

Tiket berharga RM10 + minuman ringan. Sebarang pertanyaan dan keterangan lanjut boleh hubungi pengurus Free Love di 016-2814054.

Okay, Jay, aku dah tolong promote untuk hang. Good luck with your show!!

Tiada ulasan: