Rabu, 12 November 2008

CICAK MAN, THE GOOD, THE BAD AND THE UGLY


Permainan video Cicak Man yang dilancarkan oleh Ozura Mobile, sumber asal di sini


Sebenarnya aku perlu berhati-hati dalam menulis entri ini. Entri ini aku rasakan yang paling berat untuk aku tulis sepanjang aku melibatkan diri sebagai blogger. Habis, kenapa tulis? Kerana aku menganggap ini sebagai cabaran kepada diri aku, untuk menggalakkan otak aku berfungsi dan berjalan agar tidak berkarat kerana tidak memikirkan sesuatu yang memberansangkan. Mungkin sama juga dengan Yusry yang sengaja menempah kesusahan menghasilkan sesuatu seperti Cicak Man.

Aku cuba menulis entri ini dengan tidak berpihak sama ada ke kiri atau ke kanan. Aku tahu setiap perkara itu ada pro dan kontranya. Sama juga dengan Cicak Man, ada yang suka dan tidak kurang juga yang mengutuknya. Entri ini adalah lanjutan untuk entri aku Cicakman, wajarkah dikatakan sebagai yang terbaik di Malaysia? Soalan itu pun sebenarnya tidak wajar sebenarnya. Aku yakin tujuan Yusry bukanlah hendak menunjukkan filem siapa yang terbaik, tetapi sekadar untuk menyahut cabaran bahawa penggiat filem Melayu berani untuk melawan arus menghasilkan sebuah filem superhero dengan teknologi CGI yang canggih. Malangnya, walaupun filem ini nampaknya sempurna tetapi masih ada kekurangan ataupun loopholes yang perlu ditampung.

Mungkin terpengaruh dengan filem-filem superhero daripada Hollywood (Hollywoodlah kiblat penggiat-penggiat filem kita sebenarnya kerana daripada mana lagi nak mencari inspirasi untuk filem sebegini kalau bukan dari sana) terutamanya Spider Man, tetapi Yusry telah memaklumkan sebelum penayangan filem ini agar penonton tidak membandingkan Cicak Man dengan watak-watak superhero dari luar. Bermakna Yusry faham benar dengan kerenah penonton di Malaysia yang suka membanding-bandingkan filem tempatan dan filem luar atau mungkin juga Yusry sendiri tidak yakin dengan filem sulungnya.

Sasaran utama Cicak Man adalah pada golongan kanak-kanak sebenarnya. Namun bagi aku pemilihan cicak dijadikan ikon untuk kanak-kanak mungkin kurang tepat kerana cicak adalah binatang menjijikkan. Sebenarnya banyak lagi punca lain yang boleh digunakan untuk mewujudkan seorang superhero. Contohnya Batman akibat kegigihannya untuk menegakkan keadilan selepas pembunuhan ibu bapanya begitu juga Daredevil. Tak semestinya superhero itu berpunca daripada gigitan binatang ataupun mutasi.

Sungguhpun begitu, pujian harus juga diberikan kepada Yusry kerana berani menghasilkan sebuah filem sebegini walaupun tidak dinafikan filem-filem yang dihasilkan oleh penuntut-penuntut institusi perfileman ada juga yang lebih baik, sekurang-kurangnya filem ini dilihat sebagai pencetus kepada fenomena filem CGI Melayu. Sekarang sudah ada filem Antoo Fighter. Mungkin selepas ini ada lagi filem yang lebih bagus dihasilkan. Jangan lupa juga pada Cicak Man 2 - Planet Hitam, sekuel kepada Cicak Man. Diharapkan Cicak Man 2 lebih bagus daripada Cicak Man.

Apa-apapun, aku tetap memberi sokongan kepada filem Melayu sekiranya penggiat-penggiat filem Melayu bersungguh-sungguh mahu memajukan filem tempatan. Kepada Yusry, diharap lebih membuat pengkajian untuk filem anda dan tontonilah filem-filem luar selain Hollywood sebagai inspirasi agar filem anda lebih berkualiti.

*Cewah! macamlah aku terrer sangat, suruh aku buat filem mampus aku tak reti, huhu!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Gua cukup suka dengan karekter Batman.. sebabnya bro dah pun terangkan.. Tak perlu memiliki sebarang kuasa untuk menjadi seorang superhero..

Banyak jugak gua dengar cakap-cakap orang yang Cicakman ni imitation kepada Spiderman..
Mungkin betul dan mungkin tidak..!!

Takkan Yusri nak buat cerita sampah kot?.. Kehkehkeh..

Salute jugak kerana ada usaha untuk memberi kelainan dalam industri perfileman negara yang sering dimomokkan dengan kisah cinta di sana-sini..!!

Sampai gua dah tak minat tengok cerita melayu.. Lepas tu salahkan penonton sebab tak sanjung filem melayu.. Aparaa..!!

Salam..

Tanpa Nama berkata...

Selepas menyaksikan teaser Hantu Silap Mata, aku yakin ia mampu menjadi nemesis kpd Cicakman dan Antoo Fighter