Khamis, 9 Oktober 2008

YANG TIDAK DIUNDANG


Jangan keliru. Walaupun nama judulnya sama, tetapi ia tidak serupa. The Uninvited adalah versi remake US untuk filem seram Korea Selatan, A Tale of Two Sisters dan bukannya remake untuk filem seram The Uninvited juga keluaran Korea Selatan.

Pada mulanya judulnya adalah sama iaitu A Tale of Two Sisters kemudian ditukar kepada Apparition akhirnya filem ini menggunakan judul The Uninvited.

Jalan ceritanya juga sama iaitu mengisahkan pasangan adik beradik yang telah kematian ibu mereka. Mereka telah dijaga oleh ibu tiri mereka yang merupakan bekas jururawat ibu mereka. Suatu malam, Anna Rydell, kakak kepada pasangan adik beradik itu bertemu hantu ibu mereka yang memberikan amaran tentang Racheal, ibu tiri mereka yang bukanlah seorang yang baik. Anna dan adiknya Alex berusaha untuk meyakinkan ayah mereka tentang siapakah Racheal yang sebenarnya dan bermulalah konflik di dalam kehidupan keluarga itu.

Filem ini dibintangi oleh Emily Browning, Arielle Kebbel, Elizabeth Banks dan David Strathairn. Filem ini diarahkan oleh Charles Guard dan Thomas Guard. Jika diperhatikan betul-betul kepada tulisan The Uninvited pada poster, terdapat persamaan dengan tulisan untuk filem The Ring versi remake US yang diarahkan oleh Gore Verbinski. Kedua-dua filem ini diedarkan oleh DreamWorks.

1 ulasan:

Erin Sophia berkata...

Erin tak sabar nak lihat hasil garapan debut pengarah filem dua beradik berketurunan British ini dan juga lakonan Arielle Kebbel (Reeker, The Grudge 2.