Khamis, 9 Oktober 2008

UH OH.....FILEM BOLLYWOOD LAGI......APA?.........ZOMBIE???

Maaf banyak-banyak sebab lama tak update blog. Bukan, bukan beraya sakan, tapi biasalah, tiba saja Hari Raya jangan haraplah nak duduk diam, tiada hari tanpa aktiviti (macam tagline untuk drama Akademi Polis di TV9, tiada hari tanpa latihan). Dan takdir Ilahi juga menentukan datukku dijemput kembali ke Rahmatullah pada hari raya kelima, menyebabkan Aidil Fitri yang sepatutnya meriah bertukar kesuraman. Bagaimanapun kesedihan ini turut bercampur kesyukuran mengenangkan arwah datuk yang menderita uzur selama beberapa tahun. Beliau pergi dalam usia 87 tahun. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan menempatkannya bersama mereka yang beriman.

Aku juga tiada bahan menarik untuk ditulis sebenarnya hinggalah aku bertemu dengan berita ini. Sebuah produksi filem Kanada menerbitkan sebuah filem seram yang berjudul Bollywood Zombie. Filem ini diarahkan oleh Maninder Chana dan dijangka akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Filem ini mengisahkan seorang wanita yang iri hati terhadap anak saudara perempuannya merancang untuk mensabotaj majlis perkahwinannya. Dia telah meletakkan racun di dalam makanan untuk para tetamu menyebabkan pasangan pengantin dan beberapa orang tetamu bertukar menjadi zombie. Kakak pengantin perempuan, juruandam dan seorang tukang masak berusaha untuk menyelamatkan mereka daripada menjadi zombie untuk selama-lamanya.

Walaupun filem ini keluaran Kanada namun jalan ceritanya dan juga beberapa aksi di dalamnya (seperti adegan tari-menari) memang menyamai filem-filem keluaran Bollywood. Sesuatu yang menarik untuk ditonton.

Tiada ulasan: