Selasa, 30 September 2008

SALAHKAH MENJADI MUSLIM?

Tagline untuk filem ini begitu provokatif, membuatkan aku ternanti-nanti bilakah filem ini akan ditayangkan di Malaysia (kalau diluluskanlah).

Tagline dalam bahasa Inggeris berbunyi Is it a crime to be a Muslim? merupakan tagline untuk filem Shoot on Sight yang diarahkan oleh Jag Mundhra dan dibintangi oleh Brian Cox, Sadie Frost, Naseeruddin Shah dan Om Puri.

Ia mengisahkan anggota Scotland Yard bernama Tariq Ali (Naseeruddin Shah) telah diarahkan untuk memberkas seorang yang disyaki terlibat dengan kejadian 7 Julai 2005 di London. Keadaan menjadi rumit apabila seorang Muslim yang tidak bersalah ditembak mati oleh anggota polis di stesen keretapi bawah tanah yang pernah dibom itu. Manakala Ali pula mula disisihkan oleh teman dan saudara maranya kerana berkhidmat untuk pasukan polis.

Filem ini adalah fiksyen yang berdasarkan kepada polisi 'shoot to kill' oleh pihak polis Britain terhadap penganut Islam yang disyaki sebagai pengebom berani mati selepas kejadian 7 Julai 2005. Apa yang menarik perhatianku, adakah Hollywood sudah mula berfikiran terbuka untuk menerbitkan sebuah filem yang memberi mesej bahawa bukan semua Muslim adalah pengganas, ataupun ada udang di sebalik batu. Untuk mengetahui jawapannya, aku perlu menonton filem ini terlebih dahulu.

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

mungkin menarik tapi biasanya ada cacat cela punya bila Hollywood buat filem Islamik