Jumaat, 10 Oktober 2008

SEDANG BERMAIN DI KEPALA OTAKKU SEKARANG

Entah kenapa sejak dari pagi tadi lagu Crush Crush Crush dendangan Paramore asyik terngiang-ngiang di telinga ku, semuanya gara-gara ringtone seorang remaja yang memainkan lagu itu tadi, dan melekat terus di kepalaku.

So, aku pun cuba mencari apakah istimewanya lagu ini. Crush Crush Crush (ataupun title sebenarnya Crushcrushcrush) merupakan single ketiga daripada album Riot! kumpulan Paramore. Lagu ini menduduki tempat ke-54 di US Billboard Hot 100, tempat ke-43 di US Billboard Pop 100, tempat ke-4 di US Billboard Hot Modern Rock Tracks dan tempat ke-61 di UK Singles Chart. Di Malaysia aku tak tahu, kalau ada sesiapa yang tahu boleh tinggalkan komen. Video klip untuk lagu ini pernah dicalonkan untuk Video Rock Terbaik di MTV Video Music Awards tahun 2008 bagaimanapun tewas kepada video klip Shadow of the Day dendangan Linkin Park.

Sedikit tentang Paramore. Paramore merupakan kumpulan Pop Rock yang ditubuhkan di Tennessee, Amerika Syarikat pada tahun 2004. Mereka dianggotai oleh Hayley Williams (vokal, keyboard), Josh Farro (gitar utama), Jeremy Davis (bass) dan Zac Farro (drums). Setakat ini mereka hanya menghasilkan dua buah album iaitu All We Know is Falling pada tahun 2005 dan Riot! pada tahun 2007. Gaya muzik dan persembahan mereka mirip-mirip kepada Kelly Clarkson dan Avril Lavigne. Bukanlah kumpulan yang aku minati tapi entah kenapa lagu mereka seperti dipusing-pusingkan dalam kotak fikiranku hari ini, bah!


p/s: Although I hated the band, I must admit that Hayley William is hot!

Tiada ulasan: