Khamis, 16 Oktober 2008

PUAKA DI CONNECTICUT


Sebuah lagi filem seram yang diadaptasikan dari kisah benar. The Haunting in Connecticut adalah kisah benar yang berlaku kepada keluarga Snedeker, sama seperti yang berlaku kepada keluarga Lutz dan pembunuhan keluarga DeFeo dalam filem Amityville Horror. Kejadian ini juga pernah ditulis oleh penulis kisah seram, Ray Garton di dalam bukunya In A Dark Place dan juga pernah dipaparkan dalam dokumentari A Haunting.

Ia mengisahkan tentang sebuah keluarga yang terdiri daripada Sara, Peter dan anak lelaki mereka, Matt. Matt telah disahkan menghidap kanser. Mereka berhijrah ke Connecticut untuk mendapatkan rawatan bagi Matt. Di Connecticut, mereka tinggal di sebuah rumah yang pernah dijadikan rumah mayat suatu masa dahulu.

Keadaan Matt menjadi lebih parah apabila dia sering diganggu oleh suatu entiti dalam rumah itu. Ibunya kemudian meminta bantuan daripada seorang paderi untuk menghalau kuasa jahat yang mendiami rumah tersebut.

Filem ini dibintangi oleh Virginia Madsen, Kyle Gallner, Martin Donovan, Elias Koteas dan Amanda Crew. Ia diarahkan oleh Peter Cornwell dan diedarkan oleh Lionsgate.

2 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

ini macam The American Haunting ke? Rasa macam nak sewa cerita ni tapi takut2 tak best la pulak...

zulazahari berkata...

Lebih kurang la tu Abang Ben, tapi filem ini masih dalam post production lagi, jangka rilis pada tahun depan.