Khamis, 16 Oktober 2008

PERANG DUNIA KEDUA VERSI TARANTINO

Remake untuk filem Quel maledetto treno blindato oleh Quentin Tarantino telah lama diwar-warkan dalam internet. Ia merupakan projek Tarantino yang terbaru dan terbesar kerana menggunakan ensemble cast yang terdiri dari bintang-bintang ternama.

Tarantino juga mengarahkan filem ini mengikut gaya dan citarasanya. Dikatakan filem ini mengikut gaya filem-filem perang tahun 70'an dan Spaghetti Western. Ini merupakan gaya dan trademark Tarantino, lihat sahaja filem seperti From Dusk Till Dawn dan Kill Bill.

Ada dua cerita di dalam filem ini. Kisah pertama mengenai beberapa orang banduan tentera yang sepatutnya dihukum mati telah dihantar menjalankan misi membunuh seorang pegawai Nazi (ala Dirty Dozen). Kisah kedua pula mengenai seorang wanita yang ingin membalas dendam ke atas pegawai yang sama atas kematian kedua ibu bapanya (hampir sama dengan Kill Bill).

Di dalam filem ini ia dibahagikan kepada lima babak iaitu :

Babak pertama - Once Upon a Time......Nazi Occupied France

Babak kedua - Inglorious Bastards

Babak ketiga - German Night in Paris

Babak keempat - Operation Kino

Babak kelima - Revenge of the Giant Face. Di dalam babak kelima, banduan-banduan tentera itu akan bertemu dengan wanita pembalas dendam.

Filem ini dibintangi oleh Brad Pitt, Eli Roth, Mike Myers, Diane Kruger dan Julie Dreyfuss. Simon Pegg (Shaun of the Dead) pernah ditawarkan berlakon dalam filem ini tetapi terpaksa menolak akibat masalah jadual. Pelakon komedi Adam Sandler juga terpaksa menolak tawaran untuk filem ini kerana terikat dengan penggambaran filem Funny People. Pada awalnya, Leonardo Di Caprio dijangka akan memegang watak pegawai Nazi yang hendak dibunuh, tetapi watak itu diberikan kepada Christoph Waltz kerana lebih menepati ciri-ciri seorang Jerman.

2 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

Tarantino punya filem wajib tengok... selalunya tak menghampakan.

tumpanglalu berkata...

ini adalah terbaek!