Jumaat, 17 Oktober 2008

KUASA MENGATASI KUASA


Lewat 80'an, sewaktu video rental begitu popular, aku sering menyewa filem-filem keluaran Australia, antaranya seperti Turkey Shoot, The Road Warrior, Attack Force Z (filem perang yang memperkenalkan nama Mel Gibson dan Sam Neill), The Man from Snowy River dan Crocodile Dundee.

Antara filem yang aku tak boleh lupa ialah filem Harlequin (ataupun di US dikenali sebagai Dark Forces). Sebuah filem politik yang disulami dengan thriller dan seram.

Harlequin mengisahkan seorang senator bernama Nick Rast menghadapi masalah apabila anak lelakinya menghidap leukimia. Seorang pemuda bernama Gregory menawarkan bantuan untuk mengubati anaknya. Identiti Gregory tidak diketahui dan Gregory juga bukanlah doktor. Gregory berjaya memulihkan anak lelaki Rast dan mendapat kepercayaan daripada keluarga itu. Gregory pula megambil kesempatan atas kepercayaan itu dan menggoda isteri Rast iaitu Sandy. Akhirnya Gregory berjaya mengawal keluarga Rast dengan kuasanya.

Filem ini adalah adaptasi dari kisah Gregory Rasputin, seorang ahli sihir yang berjaya mengawal keluarga diraja Tsar di Russia pada awal abad ke-20, dan nama Rast diterbalikkan daripada nama Tsar.

Dibintangi oleh Robert Powell, David Hemmings, Carmen Duncan, Broderick Crawford, Gus Mercurio dan diarahkan oleh Simon Wincer. Antara cult movie yang aku gemari.

Tiada ulasan: