Jumaat, 17 Oktober 2008

DOLPH LUNDGREN SEBAGAI DRUMMER

Ya, pelakon aksi sekitar tahun 80'an dan 90'an Dolph Lundgren kini telah bertukar profesion. Mungkin bosan menjadi pelakon filem aksi lasak yang kini semakin dilupakan (akibat kebangkitan filem-filem seram dan CGI oriented) Dolph Lundgren kini menjadi pemain dram untuk sebuah kumpulan heavy metal bernama C.M.F. Tetapi malangnya, sewaktu konsert di Moscow, dia bersama kumpulannya telah dijadikan tebusan oleh pengganas. Mujurlah akibat kepakarannya dalam seni mempertahankan diri, dia berjaya menyelamatkan diri dan menewaskan pengganas-pengganas tersebut.

Itu adalah plot untuk filem terbaru arahan Dolph Lundgren berjudul Command Performance. Dalam filem ini Dolph Lundgren memegang watak sebagai Joe, seorang pemain dram. Filem ini bercorak aksi lasak, sebuah filem yang dirindukan oleh aku sebagai peminat filem-filem aksi tahun 80'an dan 90'an. Betul, aku memang merindukan filem-filem lakonan Stallone, Jean Claude Van Damme dan Steven Seagal. Walaupun Jackie Chan dan Jet Li masih meneruskan aksi-aksi stunt dan lasak dalam filem mereka, tetapi pengaruh CGI lebih ketara (lihat Forbidden Kingdom, The Mummy 3).

Selain Lundgren, turut berlakon dalam filem ini ialah Melissa Smith, Dave Legeno, Hristo Shopov dan kumpulan D_2. Filem ini juga turut menampilkan band metal Pilgrim Rock dan penyanyi Russia, Irson Kudikova.

Tiada ulasan: