Isnin, 13 Oktober 2008

MENUNGGU KETIBAAN DATUK SHAH RUKH KHAN

Cuma terfikir, apakah nilai Datuk sekarang? Belayar mengelilingi dunia dan menerima gelaran Datuk, masih boleh diterima, berenang merentasi Selat Inggeris, juga masih boleh diterima. Membawa pulang pingat perak dalam Sukan Olimpik, walaupun ada pertikaian tetap diterima. Menjadi superstar untuk filem Hong Kong dan Hollywood, disebabkan masih warganegara Malaysia pun tetap diterima. Tetapi seorang aktor Bollywood, hanya sekali membuat perfileman di sebuah resort di Melaka, tiba-tiba dianugerahkan gelaran Datuk, agak sukar hendak diterima. Kalau begitu, tak lama lagi tentu ramai lagi warga luar dan bintang antarabangsa yang mendapat gelaran Datuk macam Datuk Jackie Chan, Datuk Klaus Meine, Datuk Jane Seymour, Datuk Sean Connery sebab mereka pun pernah membuat penggambaran di Malaysia juga.

p/s: Agak-agak Shah Rukh Khan tu tahu ke Datuk ni apa benda. Macam-macamlah.

Tiada ulasan: