Isnin, 13 Oktober 2008

KELIBAT AFDLIN SHAUKI


Baru saja menonton telefilem ini di Astro. Sori Bro Afdlin, walaupun telefilem ini dah lama keluar dalam bentuk VCD tapi aku tak pernah nak membelinya, sebab VCD ini keluar di saat Silver (Pengarah Blok 404, Kem 505) tengah kemaruk buat VCD cerita-cerita hantu, jadi aku menyangka kemungkinan kisah Kelibat ini juga lebih kurang sama cerita-cerita hantu Silver. Meleset betul sangkaan aku itu.

Kelibat mengisahkan dua orang pengarah filem iaitu Selamat (Afdlin Shauki) dan Indera (Riezman Khuzaimi) yang hendak mengarah sebuah filem realiti mengenai hantu (ala-ala Seekers). Mereka akan pergi ke rumah dan tempat yang dikatakan berhantu untuk merakamkan gambar hantu berkenaan, malangnya semuanya merupakan rekaan dan tiada hantu sebenar yang ditemui.

Suatu hari mereka didatangi oleh Ping (Nell Ng) yang menceritakan tentang tingkat 15 di sebuah hotel dikatakan berhantu. Seorang pembantu hotel bernama Tanti (Nadia Mustafar) pernah mati terbunuh di bilik bernombor 1501 di tingkat tersebut. Ini menarik minat mereka berdua dan menyamar sebagai pelanggan untuk menginap di hotel tersebut.

Mereka sempat bertanya perihal tingkat tersebut kepada Bellboy (Aziz M. Osman), pengawal keselamatan bernama Kamil (Rashid Salleh) dan kepada pengurus hotel tersebut, Mr. Tan (Patrick Teoh). Masing-masing mengaku pernah terserempak dengan kelibat Tanti. Selamat pula merasakan seperti ada sesuatu yang tidak kena dan mula menyiasat perkara itu. Penyiasatannya telah membongkarkan sesuatu yang lebih besar daripada kisah hantu iaitu siapakah pembunuh Tanti yang sebenarnya dan benarkah Tanti menjelma menjadi hantu?

Telefilem seram dan komedi ini ditayangkan di Astro Ria pada 11 Oktober yang lalu.

Tiada ulasan: