Jumaat, 24 Oktober 2008

IKTIBAR DARIPADA TITANIC


Titanic adalah sebuah filem box-office keluaran 1997 arahan James Cameron. Filem ini dibintangi oleh Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet. Sebenarnya filem ini merupakan sebuah filem percintaan yang berlatarbelakangkan tragedi paling hebat pernah berlaku iaitu tenggelamnya kapal Titanic.

Kisah percintaan mengenai Rose dan Jack sudah pasti ramai yang mengetahuinya dan aku tak mahu menceritakannya di sini. Begitu juga kisah mengenai kasta dan perbezaan antara golongan bangsawan dan golongan miskin yang berada dalam Titanic, aku tidak mahu menyentuhnya. Apa yang menarik hati aku di dalam filem ini adalah tentang kejadian yang menimpa Titanic itu sendiri. Seperti apa yang sering diungkapkan, sekiranya Allah mengkehendaki sesuatu itu terjadi, maka ia tetap akan berlaku, dan tiada apa yang mampu mengubahnya.

Tragedi Titanic berlaku apabila jurumudi yang mengemudi kapal Titanic cuba untuk mengelakkan seketul 'iceberg' yang kelihatan di hadapan Titanic. Malang sungguh apabila jurumudi itu tidak menyangka bahawa ketulan iceberg yang kelihatan itu adalah kecil di atasnya sedangkan iceberg yang lebih besar berada di dalam laut. Akibatnya, bahagian bawah kapal Titanic telah berlanggar dengan ketulan iceberg di dalam laut yang mengakibatkan kebocoran pada Titanic dan menenggelamkannya.

Daripada peristiwa ini, kita harus mengambil iktibar bahawa kadangkala perkara yang kita nampak kecil sebenarnya boleh membawa kepada perkara yang lebih besar dan mampu menimbulkan malapetaka, jadi berhati-hatilah. Jangan sampai karam seperti Titanic.

Tiada ulasan: