Isnin, 13 Oktober 2008

APABILA KISAH MENJADI BENAR

Krismas dah dekat maka perang filem fantasi pun bermula. New Line Cinema yang ternaik namanya apabila Peter Jackson menghasilkan trilogi Lord of the Rings akan mengeluarkan sebuah filem fantasi terbaru berjudul Inkheart.

Inkheart mengisahkan seorang lelaki bernama Mo (Brendan Fraser) berkebolehan memanggil watak yang terdapat dalam buku cerita menjelma di alam realiti. Apabila Mo membacakan sebuah buku berjudul Inkheart kepada anaknya, secara tidak sengaja dia telah membawa beberapa watak jahat dalam buku tersebut ke dunia nyata. Antara watak yang tiba ke dunia nyata ialah Capricorn (Andy Serkis) yang mengetahui akan kuasa Mo dan mula menjejaki Mo.

Filem kedua pula ialah Bedtime Stories, sebuah kolaborasi antara Adam Sandler dan Disney (Adam Sandler + Disney = kanak-kanak? macam tak kena je). Sudah pasti filem ini sebuah filem fantasi merapu. Ia mengisahkan seorang pekerja hotel bernama Skeeter Bronson membacakan sebuah buku cerita kepada anak saudaranya. Tiba-tiba apa yang dibacanya menjadi nyata dan menyebabkan hura-hara.

Aku tak pasti sama ada Hollywood sudah kekurangan idea ataupun secara kebetulan. Kedua-dua buah filem ini lebih kurang sama jalan ceritanya, cuma Inkheart lebih serius manakala Bedtime Stories lebih kepada komedi. Apa-apa pun kita tunggu dan saksikan filem tersebut.

TRAILER INKHEART

TRAILER BEDTIME STORIES

3 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

ikut trailer, aku prefer Adam Sandler punya. Yang lagi satu tu ntah la macam tak berapa je (sebab serius sangat kot).

y berkata...

"Sudah pasti filem ini sebuah filem fantasi merapu"

btul! merapu! citer adam sandlers yang paling bosan!

http://myfr3ak.blogspot.com/2008/12/bedtime-stories.html

zulazahari berkata...

myfr3ak, tak best yer...huhu....nasib baik bagitahu....thanx.