Khamis, 25 September 2008

TRAILER RASMI ANTOO FIGHTER

Entah kenapa aku suka dengan poster ini.


Sepanjang bulan Ramadhan ini semua syaitan dan jembalang sedang dikurung dan diikat. Dikhabarkan selepas saja berakhir Ramadhan dan Syawal para tentera jembalang akan menyerang dan menakluki pawagam. Ia diketuai oleh Drakulat Van Listerooy dan bala tenteranya yang terdiri daripada Ariel Bajang, Mistikus, Hantu Gigi, Maya Pontianak, Ozawa Shimitzu (Pontianak Korea), Fillius de Flama, Siti Sunshine, Chong Meng Ngaa (Hantu Cina), Togom, Si Gambut dan Katarakh. Tujuan mereka adalah untuk membebaskan Lord el-Sharon, bapa syaitan dari neraka Zion ke bumi.

Tapi jangan bimbang kerana rancangan mereka ini akan dipatahkan oleh beberapa penentang jembalang yang menggelarkan diri mereka sebagai Antoo Fighter.

Antoo Fighter dijangka akan ditayangkan pada 13 November 2008 dan filem ini menggabungkan unsur komedi, seram dan fantasi.

TRAILER RASMI ANTOO FIGHTER

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

lama betui erin tunggu filem ni...