Selasa, 23 September 2008

HANTU DAN KEGELAPAN

Melihat pada judul filem ini, aku menyangkakan ianya sebuah filem hantu, tetapi sangkaanku meleset. Tiada pun gambaran atau imej hantu yang terdapat dalam filem ini. Bagaimanapun ia tetap sebuah filem seram yang meremangkan bulu roma.

The Ghost and the Darkness adalah sebuah filem seram yang diadaptasi dari kisah benar yang pernah berlaku di Tsavo, Kenya. Kisah mengenai serangan singa ke atas pekerja-pekerja pembinaan landasan keretapi Uganda - Mombasa pada tahun 1898. Dalam insiden ini 135 orang telah menjadi mangsa singa tersebut.

Seorang jurutera bernama Patterson (Val Kilmer) telah diarahkan untuk menyiapkan kerja-kerja pembinaan landasan keretapi itu malangnya insiden yang berlaku telah membantutkan kerjanya. Dia meminta bantuan seorang pemburu berbangsa Amerika iaitu Charles Remington (Michael Douglas) untuk membunuh singa yang digelar hantu oleh penduduk Tsavo.

Adakah mereka berjaya membunuh singa itu ataupun mereka yang menjadi mangsa, carilah jawapan di dalam filem ini. Filem ini masih berada di pasaran.

Tiada ulasan: