Selasa, 23 September 2008

SELEPAS ULAR ZOMBIE PULA

Sebelum ini, filem Snakes on the Plane telah mencipta satu konsep baru dalam filem seram, iaitu menjadikan suasana tegang di dalam kapalterbang yang tercetus akibat serangan ular berbisa dan juga ketinggian, boleh menyebabkan mereka yang fobia kepada kedua-duanya mati diserang sakit jantung. Filem ini mendapat sambutan yang hangat menyebabkan sebuah versi rip-off daripada filem ini iaitu Snakes on the Train dihasilkan (yang mana kualitinya lebih rendah daripada filem asal).

Kini, untuk menambahkan lagi ketakutan anda, bersiap sedia dengan penumpang yang akan menaiki pesawat bersama anda. Bukannya ular lagi, tetapi mayat hidup.

Plane Dead atau pun nama lainnya Flight of the Living Dead: Outbreak on a Plane adalah filem seram terbaru yang bakal menemui anda. Menggunakan konsep yang sama seperti filem Snakes on the Plane, ia akan memaparkan kekalutan penerbangan Boeing 747 yang dalam penerbangan daripada Los Angeles ke Paris apabila terdapat zombie yang menyerang dan memakan penumpang dan juga krew penerbangan.

Segalanya bermula apabila beberapa orang saintis melarikan diri daripada buruan CIA. Mereka menyusup masuk ke sebuah pesawat yang akan berlepas ke Paris bersama mayat seorang saintis yang telah dijangkiti sejenis virus. Pada mulanya rancangan mereka melarikan diri kelihatan seperti berjalan lancar sehinggalah di tengah perjalanan, pesawat itu terpaksa berdepan dengan ribut yang muncul secara tiba-tiba. Akibat daripada keadaan pesawat yang terumbang-ambing dipukul ribut, bekas yang mengandungi mayat saintis tersebut terbuka dan menghidupkan kembali mayat tersebut.

Filem zombie ini adalah similar dengan zombie karya George A. Romero dan filem-filem zombie yang lain, cuma pergerakan zombie dalam filem ini lebih pantas dan agak sukar hendak dibunuh, memandangkan virus yang mengakibatkan zombie tersebut sebenarnya adalah senjata biologi yang dicipta oleh saintis-saintis tersebut. Virus ini direka untuk menghasilkan tentera-tentera luarbiasa yang tetap akan berjuang sekalipun cedera atau terbunuh. Maka zombie di dalam filem ini bukanlah zombie sebarangan sebaliknya super zombies.

Filem ini diarahkan oleh Scott Thomas dan dibintangi oleh David Chisum, Kristen Kerr, Kevin J. O'Connor, Derek Webster, Raymond J. Barry dan Dale Midkiff. Sebuah novel grafik berjudul Flight of the Living Dead hasil lukisan dan tulisan Scott Ewen telah pun dikeluarkan pada awal tahun 2007.

NOVEL GRAFIK FLIGHT OF THE LIVING DEAD

TRAILER FLIGHT OF THE LIVING DEAD

Tiada ulasan: