Jumaat, 19 September 2008

REPO!


Ini filem yang aku tengah tunggu. Sebuah filem berkonsepkan muzikal, seram dan fantasi. Repo! The Genetic Opera.

Filem ini mengisahkan dunia di masa hadapan dilanda masalah kegagalan organ badan untuk berfungsi. Hura-hara terjadi dan para saintis sedang mencari jalan untuk mengatasi masalah ini. Sebuah organisasi biotech bernilai berbilion dollar ditubuhkan. Organisasi ini dikenali sebagai GeneCo. GeneCo akan membekal organ badan kepada mereka yang memerlukan tetapi mengenakan bayaran yang tinggi. Bagi mereka yang tidak dapat menjelaskan bayaran, mereka akan dibunuh oleh pembunuh profesional GeneCo yang dikenali sebagai Repo Men. Repo Men juga akan merampas kembali organ-organ yang telah digunakan.

Seorang gadis berusia 17 tahun bernama Shilo Wallace menderita sejenis penyakit darah yang jarang ditemui. Disebabkan oleh penyakit itu, dia telah dikurung dalam rumahnya dan terpisah dengan dunia luar oleh ayahnya, Nathan Wallace. Setiap hari Shilo merancang untuk melarikan diri dari rumahnya manakala ayahnya pula setiap hari berdepan dengan dilema kerana menjadi anggota rahsia Repo Men. Sasaran terbaru Nathan adalah seorang penyanyi buta bernama Blind Mag. Blind Mag adalah teman baik isteri Nathan yang telah meninggal dan merupakan nenek kepada Shilo.

GeneCo dioperasikan oleh keluarga Largo, kongi gelap yang terkenal dan berkuasa. Mereka ialah Rotti merangkap Presiden kepada GeneCo, anak perempuannya Amber dan dua orang anak lelakinya iaitu Luigi dan Pavi. Tanpa diketahui oleh Rotti, kesemua anak-anaknya mempunyai rancangan tersendiri untuk menggulingkan ayah mereka dan menguasai organisasi GeneCo.

Filem ini dibintangi oleh Anthony Head, Alexa Vega, Paul Sorvino, Sarah Brightman, Paris Hilton, Bill Moseley dan Nivek Ogre. Filem ini diarahkan oleh Darren Lynn Bousman dan diterbitkan olehnya sendiri bersama pemain dram kumpulan rock Jepun, Skin iaitu Yoshiki Hayashi.

Di dalam filem ini Paris Hilton akan menjadi seorang awek Gothic, satu perbezaan yang amat ketara pada dirinya (lihat trailer). Kepada mereka yang meminati muzik Gothic, filem ini sesuai untuk anda. Filem ini adalah senada dengan filem The Rocky Horror Picture Show dan Clockwork Orange.

TRAILER REPO!

Tiada ulasan: