Jumaat, 19 September 2008

FROST DAN NIXON

Sebuah lagi filem berbentuk sosio-politikal sedang dalam pembikinan. Frost/Nixon yang diadaptasi daripada sebuah drama pentas dengan judul yang sama karya Peter Morgan. Filem ini diarahkan oleh Ron Howard dan diterbitkan oleh Brian Grazer. Filem ini juga mempertemukan kembali pelakon asal drama tersebut iaitu Frank Langella sebagai Presiden Richard Nixon dan Michael Sheen sebagai penyampai TV BBC David Frost.

Plot utama filem ini adalah wawancara David Frost bersama Presiden Richard Nixon yang disiarkan di televisyen pada tahun 1977.

Filem ini dijangka akan ditayangkan pada 5 Disember 2008.

Tiada ulasan: