Khamis, 25 September 2008

BINTANG ROCK


Walaupun filem ini filem lama, namun aku tak jemu-jemu menontonnya. Seronok betul menyaksikan Mark Wahlberg melakonkan watak rockers dalam filem ini, meskipun Wahlberg adalah bekas penyanyi rap namun dia mampu menjayakan wataknya dengan berkesan.

Rock Star bolehlah dikatakan sebagai must watch movie bagi golongan rockers. Ia mengisahkan seorang rock star wannabe iaitu Chris Cole begitu meminati sebuah kumpulan rock bernama Steel Dragon. Chris juga mempunyai sebuah cover band kepada Steel Dragon yang diberi nama Blood Pollution sempena judul sebuah lagu Steel Dragon.

Pergolakan berlaku dalam kumpulan Blood Pollution apabila anggota-anggota band tersebut enggan bermain lagu cover untuk Steel Dragon lagi. Mereka mahu bermain lagu sendiri. Ini menyebabkan Chris meninggalkan kumpulan itu.
Bagaimanapun tuah menyebelahi Chris apabila dipanggil menyertai Steel Dragon berikutan penyanyi utamanya, Bobby Beers dipecat. Chris menukar namanya kepada Izzy dan bermulalah kariernya sebagai Rock Star.

Filem ini turut dibintangi Jennifer Anniston dan Timothy Olyphant (Hitman) sebagai gitaris kumpulan Blood Pollution. Beberapa rockers ternama turut membintangi filem ini antaranya bekas pemain bass kumpulan Dokken iaitu Jeff Pilson, Zakk Wylde (gitaris Ozzy Osbourne, Black Label Society), pemain dram kumpulan Foreigner iaitu Jason Bonham (anak lelaki kepada pemain dram Led Zeppelin iaitu John Bonham) dan vokalis kumpulan Alter Bridge iaitu Myles Kennedy.

Pelakon George Clooney merupakan penerbit eksekutif untuk filem ini. Wahlberg dan Clooney kemudiannya berlakon bersama dalam filem Three Kings dan The Perfect Storm.

Filem ini juga merupakan filem kegemaran Rob Halford, vokalis kepada Judas Priest kerana jalan ceritanya dikatakan menyamai kisah dirinya.

Tiada ulasan: