Selasa, 16 September 2008

SELAMAT MENYAMBUT HALLOWEEN

Aku rasa macam tak percaya apabila menatap iklan filem Halloween di akhbar? "Halloween ditayangkan di Malaysia?" itulah persoalan yang sering bermain di fikiranku setiap kali terlihat poster filem tersebut.

Rasanya inilah filem pertama arahan Rob Zombie yang akan ditayangkan di pawagam Malaysia. Sebelum ini, dua filem arahannya iaitu House of 1000 Corpses dan The Devil's Rejects tidak ditayangkan malahan dalam bentuk DVD dan VCD juga tiada, kecuali cetak rompak.

Kepada sesiapa yang pernah menonton filem arahan Rob Zombie pasti tahu bagaimana bentuk filem yang dihasilkan. Filem-filemnya terdahulu memang banyak memaparkan keganasan dan kengerian yang melampaui batas. Memang tak sesuai untuk ditayangkan di pawagam.

Bagaimana pula dengan Halloween? Menurut IMDB, filem ini dikategorikan sebagai R iaitu strong brutal bloody violence and terror throughout, sexual content, graphic nudity and language. Dan kalau nak tahu sama ada filem ini sesuai untuk ditonton oleh kanak-kanak, sila klik sini. Di Malaysia, ia diklasifikasikan sebagai 18PL.

Halloween garapan Rob Zombie memperkembangkan lagi watak Michael Myers daripada zaman kanak-kanaknya, remaja dan dewasa. Bagaimana Michael Myers mendapat naluri pembunuh dalam dirinya, apa yang mendorongnya membunuh dan kenapa Halloween menjadi tarikh keramat baginya.

Untuk watak Michael Myers sewaktu kanak-kanak ia dibawakan oleh Daeg Faerch manakala watak ketika dewasa dibawakan oleh bekas ahli gusti Tyler Mane. Tujuan Rob Zombie membuat remake kepada Halloween adalah untuk mengembalikan ketakutan orang ramai terhadap Michael Myers yang dikatakan sudah pudar. Michael Myers dalam filem ini memang menakutkan!

Tiada ulasan: