Isnin, 15 September 2008

KEMBALI

Ya, Metallica sudah kembali kepada Metallica yang sebenar-benarnya. Itulah yang boleh aku katakan setelah mendengar album terbaru mereka, Death Magnetic (versi download je, CD tak dengar lagi, tak ada duit nak beli).

Album Death Magnetic merupakan album pertama yang menampilkan Robert Trujillo dan diterbitkan oleh Rick Rubin. Album ini juga turut menyertakan sebuah lagu berentak instrumental sama seperti album ....And Justice for All.

Terus terang aku katakan aku lebih menyukai album ini daripada album St. Anger kerana album ini mengembalikan identiti Metallica. Aku mengenali Metallica melalui album ....And Justice for All dulu kemudian baru aku kenal Kill 'Em All, Ride the Lightning dan seterusnya.

Antara lagu-lagu yang aku rasa akan dimainkan di radio adalah The Day That Never Comes dan The Unforgiven III (sejak album Metallica yang hitam legam tu, Metallica sudah menjadi radio friendly). Album ini sudah pun dilancarkan pada 10 September 2008 yang lalu dan mungkin dah ada di kedai-kedai CD atau muzik, so check it out.

*Untuk ulasan yang lebih memberansangkan, KLIK SINI

Tiada ulasan: