Isnin, 15 September 2008

MUSIM PERISIKAN BERMULA

Jika anda menyangka James Bond saja perisik tunggal yang akan muncul di pawagam pada penghujung tahun ini, anda silap, terdapat dua buah filem perisikan yang akan menemui anda.

The International.

Agen Interpol bernama Louis Salinger dan Peguam Daerah Manhattan Eleanor Whitman berusaha untuk mendedahkan penyelewengan yang dilakukan oleh sebuah bank terkemuka dunia. Disebabkan kegiatan yang dilakukan oleh bank ini agak global, maka kedua-dua mereka terpaksa merentasi benua daripada New York hinggalah ke Istanbul demi untuk membuktikan jenayah yang dilakukan. Akibatnya nyawa mereka berada dalam bahaya. Filem ini dibintangi oleh Clive Owen, Naomi Watts dan Armin Mueller-Stahl. Filem ini diarahkan oleh Tom Tykwer.


Body of Lies

Diadaptasi daripada novel dengan judul yang sama karya David Ignatius mengisahkan seorang pegawai operasi CIA telah bekerjasama dengan perisik dari Jordan untuk memberkas ketua pengganas antarabangsa yang bersembunyi di Jordan. Bagaimanapun hubungan antara mereka agak tegang. Dibintangi oleh Leonardo DiCaprio, Russel Crowe, Golshifteh Farahani dan Carice van Houten. Filem ini diarahkan oleh Ridley Scott.

TRAILER THE INTERNATIONAL

TRAILER BODY OF LIES

Tiada ulasan: