Isnin, 15 September 2008

THRILLER TERBARU DARI JOKO ANWAR

Pengarah filem Kala (Dead Time) iaitu Joko Anwar kembali dengan sebuah lagi filem berunsur thriller berjudul Pintu Terlarang. Filem ini dikatakan lebih 'stylish' daripada filem Kala dan diadaptasi daripada novel Pintu Terlarang karya penulis Indonesia, Sekar Ayu Asmara.

Pintu Terlarang mengisahkan seorang lelaki telah menonton sesuatu yang ditayangkan secara misteri di televisyen. Imej itu menunjukkan seorang kanak-kanak telah didera secara kejam oleh kedua orang tuanya. Lelaki itu kemudian cuba menyiasat siapakah kanak-kanak tersebut dan di manakah kejadian itu berlaku untuk menyelamatkannya, bagaimanapun penyiasatannya telah membawanya kembali ke rumahnya sendiri dan terdapat rahsia yang lebih besar tersimpan di sebalik sebuah pintu bilik yang tidak pernah dipedulikannya sebelum ini.

Satu lagi filem dalam senarai untuk aku tonton.

WEBSITE PINTU TERLARANG

BLOG PINTU TERLARANG

Tiada ulasan: