Selasa, 16 September 2008

LAYAN FILEM TAMIL PULAK

Asyik-asyik layan filem Barat, Hong-Kong, Melayu apa kata berubah angin, kita layan filem Tamil pulak. Filem Tamil pun bagus juga, dan aku suka menonton filem Tamil arahan dan lakonan Kamal Hassan.

Uruvam, filem Tamil yang terbaru dan cuba teka filem ini keluaran negara mana? Bukan, bukan India sebaliknya keluaran Malaysia. Bergenre seram filem ini diarahkan oleh V. Nagaraj (Ghazal Untuk Rabiah).

Filem ini mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Raj dan Rupha yang menetap di Perancis. Suatu hari mereka menerima panggilan daripada Malaysia yang meminta mereka kembali ke tanahair.

Apabila tiba di Malaysia, mereka menginap di sebuah rumah lama. Dan di rumah inilah berlaku peristiwa yang merubah hidup mereka selama-lamanya.

Filem ini dibintangi oleh Haridhass Selvaraju, M. Jasmine (Estet), C. Kumaresan (Siri TV Gerak Khas), K. Sasikumar dan Haaniida Shivakalaivahni. Bagus juga sekiranya filem ini diedarkan ke India, mana tahu, box office pulak kat sana.


*Bila aku dah posting entri ini ke dalam blog, baru aku perasan tagline filem ini sama dengan filem Halloween, adakah ia secara kebetulan?

TRAILER URUVAM

Tiada ulasan: