Isnin, 29 September 2008

NADA X

Kepada X-Philers, pastinya tidak lengkap sekiranya tidak memiliki album runut bunyi untuk siri dan filem The X Files. Terdapat sebanyak lima buah album runut bunyi untuk The X Files yang telah diterbitkan.



Songs in the Key of X

Merupakan album pertama runut bunyi untuk siri televisyen The X Files. Album ini mempunyai pelbagai genre muzik daripada pop ke metal tetapi semuanya dimainkan dalam nada rendah (tone down). Terdapat 15 buah lagu dan 2 buah trek misteri. Trek misteri ini diadakan sempena mood X Files yang misterius. Pendengar harus 'rewind' semula CD secara manual untuk mendengar trek-trek tersebut. Clue tentang trek misteri ini dipaparkan pada booklet CD yang bertulis "Nick Cave and the Dirty Three would like you to know that '0' is also a number." Tidak semua pemain CD atau DVD yang membenarkan anda 'rewind' semula kepada trek-trek ini.

Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam album ini ialah The X Files (Mark Snow), Unmarked Helicopters (Soul Coughing), On The Outside (Sheryl Crow), Down in the Park (Foo Fighters), Star Me Kitten (lagu mencarut-REM dan William S. Burroughs), Red Right Hand (Nick Cave and the Bad Seeds), Thanks Bro (Filter), Man of Steel (Frank Black), Unexplained (Meat Puppets), Deep (Danzig), Frenzy (Screamin' Jay Hawkins), My Dark Life (Elvis Costello & Brian Eno), Hands of Death, Burn Baby Burn (Alice Cooper & Rob Zombie), If You Never Say Goodbye (P.M. Dawn) dan The X Files Theme (P.M. Dawn). Trek misteri pula ialah Time Jesum Transeuntum Et Non Riverentum dan The X Files Theme oleh Nick Cave dan The Dirty Three.



The Truth and the Light: Music from the X Files.

Album ini memuatkan 21 skor muzik untuk siri televisyen The X Files yang digubah oleh Mark Snow. Konsep album ini adalah ambient dan muzik elektronik yang lebih gelap.



The X Files: Original Motion Picture Score.

Sebuah lagi album yang memuatkan skor muzik gubahan Mark Snow, tetapi untuk filem sulung The X Files iaitu Fight the Future.



The X Files The Album

Album runut bunyi untuk filem sulung The X Files: Fight the Future yang menampilkan pelbagai variasi artis. Antara lagu-lagu yang dimuatkan ialah One (Filter), Flower Man (Tonic), Walking After You (Foo Fighters), Beacon Light (Ween), Invisible Sun (Sting & Aswad), Deuce (The Cardigans), One More Murder (Better Than Ezra), More Than This (The Cure), Hunter (Bjork), 16 Horses (Soul Coughing), Crystal Ship (X), Black (Sarah McLaghlan), Teotihuacan (Noel Gallagher), The X Files Theme (The Dust Brothers) dan Tubular X (Mike Oldfield)



The X Files: I Want to Believe Original Motion Picture Score

Menampilkan 20 lagu gubahan Mark Snow. Ia juga turut menyertakan dua lagu daripada kumpulan Trip Hop UNKLE iaitu The X Files Theme (UNKLE Variation on a Theme Surrender Sounds Session #10) dan Broken (feat. Gavin Clark serta sebuah lagu daripada Xzibit, Dying 2 Live. Penyanyi rap Xzibit turut berlakon dalam filem ini memegang watak sebagai Agen FBI Mosley Drummy.

Tiada ulasan: