Selasa, 30 September 2008

K DUA PULUH

Minat dengan filem Jepun? Minat dengan Takeshi Kaneshiro? Berita ini pasti menggembirakan anda.

Takeshi Kaneshiro, aktor kacukan Jepun dan Taiwan ini akan muncul dengan filem terbaru keluaran Jepun berjudul K-20: The Fiend with Twenty Faces. Filem ini diarahkan oleh Shimako Sato dan turut dibintangi oleh Takako Matsu. Filem ini berbentuk jenayah dan berlatarbelakangkan suasana dystopian dan steampunk.

Kisahnya berlaku di sebuah kota bernama Teito sekitar tahun 40'an. Di kota ini terdapat jurang antara golongan kaya dan miskin. Muncul seorang penjenayah misteri yang merompak golongan kaya dengan cara yang menakjubkan. Penduduk kota menggelarnya K-20 ringkasan untuk Kaijin Niju-Menso (Pencuri yang memiliki 20 wajah).

Seorang pakar akrobatik bernama Heikichi (Takeshi Kaneshiro) telah ditangkap oleh polis kerana disyaki sebagai K-20. Heikichi berjaya melepaskan diri dari penjara dan memburu K-20 untuk membawanya ke muka pengadilan. Sementara itu, K-20 pula sedang merancang untuk merompak seorang wanita kaya, yang kebetulan merupakan tunang kepada Akechi Kogoro, detektif terkenal di kota itu. Heikichi berjaya mematahkan cubaan rompakan itu dan menyelamatkan Yoko, tunang detektif tersebut. Heikichi meyakinkan Akechi bahawa dia bukan K-20 dan bergabung bersama Akechi untuk menangkap K-20. Berjayakah mereka?

TRAILER K-20

Tiada ulasan: