Isnin, 29 September 2008

PAUL NEWMAN R.I.P


Pelakon dan pelumba kereta, Paul Newman, meninggal dunia pada usia 83 tahun 26 September 2008 lalu akibat barah paru-paru.

Newman dikenali melalui lakonannya dalam filem The Towering Inferno, Butch Cassidy and the Sundance Kid dan The Color of Money.

Newman juga seorang pelumba kereta yang aktif sekitar tahun 70'an dan 80'an. Beliau pernah memandu untuk Bob Sharp Racing Team dalam perlumbaan Trans-Am Series. Filem animasi Disney & Pixar, Cars telah menggunakan suaranya untuk watak Doc Hudson sebagai penghormatan bagi dirinya.

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

3 filem yang ko mentioned tu ada rental kat sini. Nampak gaya kena sewa ni...