Jumaat, 26 September 2008

LAGI-LAGI JOHNNY DEPP

Kepada peminat Johnny Depp, lepas ini puaslah hati kerana dapat menatap muka Johnny Depp selalu. Dikhabarkan Johnny Depp telah pun menandatangani kontrak untuk tiga buah filem keluaran Disney.

Filem-filem itu ialah The Lone Ranger, Alice in Wonderland dan sambungan untuk filem Pirates of the Carribean.

Di dalam filem The Lone Ranger, Depp akan memegang watak Tonto, sahabat kepada Lone Ranger. Filem ini akan diterbitkan oleh Jerry Bruckheimer.

Untuk filem Alice in Wonderland pula, Depp sekali lagi bekerjasama dengan Tim Burton. Bagaimanapun filem ini adalah animasi stop-motion seperti filem Corpse Bride yang juga menggunakan suara Johnny Depp dan diarahkan oleh Tim Burton.

Untuk sambungan Pirates of the Carribean, Depp akan kembali membawakan watak Jack Sparrow, tetapi kemungkinan hanya Sparrow sahaja watak yang akan kembali kerana Orlando Bloom dan Kiera Knightley tidak menandatangani kontrak untuk filem ini.

Depp juga mungkin akan muncul sebagai The Riddler dalam sambungan filem Batman dan juga untuk projek terbaru Tim Burton iaitu Dark Shadows.

SUMBER ASAL DI SINI

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

untuk filem Pirates, aku harap jalan cerita lebih menarik dan watak Depp kena enhance sikit. Dah trilogy ni, rasa macam nak tepu. Takut2 jemu je nanti.