Isnin, 11 Ogos 2008

TAK SABAR NAK TONTON W.

Trailer filem W. sudah pun dikeluarkan. Filem terbaru arahan Oliver Stone ini adalah biografi ringkas mengenai Presiden Amerika Syarikat yang ke-43 iaitu George Walker Bush ataupun dikenali sebagai George W. Bush.

Oliver Stone merupakan pengkritik pentadbiran Bush, dan sekarang mengarahkan filem mengenainya. Sesuatu yang agak bertentangan. Bagaimanapun, menurut Oliver Stone, dia tidak akan membuat sebarang polemik anti-Bush di dalam filem ini, sebaliknya filem ini hanya mengisahkan peribadi Bush daripada zaman kanak-kanaknya, remaja sehingga ke waktu dia menyandang jawatan Presiden.

Tak kisahlah macam mana pun, aku memang peminat Oliver Stone, dan filem ini memang tak sabar untuk aku tonton.

TRAILER FILEM W

1 ulasan:

Dr. Bentara berkata...

Oliver Stone best!

Dan filem ni memang tak sabar aku menunggunya~ masa tengok trailer ni aku rasa nak tergelak pun ada. Oliver Stone dan George W Bush? Macam ada something dalam kepala otak Oliver... heheheh