Isnin, 11 Ogos 2008

NEO MNEMONIC

Filem ini dibikin tiga tahun sebelum The Matrix. Aku berpendapat filem The Matrix sedikit sebanyak ada juga 'influence' dari filem ini, terutamanya adegan di akhir-akhir cerita, bila Johnny memindahkan data daripada mindanya ke dalam komputer, dan terdapat monitor-monitor TV di atas kepalanya (adegan similar dengan filem animasi Ghost in the Shell)

Johnny Mnemonic, sebuah filem berkonsep Cyberpunk diadaptasi daripada cerpen penulis sains fiksyen William Gibson. Di dalam filem ini, watak Johnny Mnemonic lakonan Keanu Reeves (juga memegang watak Neo dalam The Matrix) adalah seorang pemuda yang mempunyai otak cybernetic dan boleh menyimpan data komputer. Filem ini juga menggambarkan dunia dikawal oleh firma-firma korporat (bukan lagi pembesar-pembesar, menteri-menteri ataupun raja-raja, sebaliknya ahli-ahli korporat) dan juga kebangkitan Jepun sebagai kuasa besar dunia dalam era cyber selepas tumbang dalam perang dunia kedua (digambarkan melalui watak yang dilakonkan oleh Takeshi Kitano).

Beberapa persamaan dalam filem ini dengan filem The Matrix :

1. Sut hitam dan kaca mata hitam yang dipakai oleh Johnny, sama dengan yang dipakai oleh Neo.

2. Menggunakan talian telefon LAN.

3. Kumpulan bawah tanah yang menentang penguasaan syarikat korporat, di dalam The Matrix menentang kuasa mesin

4. Tulisan kredit yang menggunakan tulisan digital warna hijau

Jadi, memanglah The Matrix sedikit sebanyak dipengaruhi oleh filem Johnny Mnemonic, dan pengarang cerita Johnny Mnemonic pula iaitu William Gibson merupakan peminat filem The Matrix. Kenapa tak di 'hybrid' kan saja kedua cerita ini, menjadi Neo Mnemonic, haha!!!

Tiada ulasan: