Isnin, 11 Ogos 2008

TAHNIAH KEPADA MAMAT KHALID


Gayatri Su Ann Pilai (penerbit Tayangan Unggul), Mamat Khalid dan Rosyam Noor - Gambar dipetik dari Berita Harian


Tahiah kepada pengarah 'cult' Malaysia iaitu Mamat Khalid atas kemenangan filem Kala Malam Bulan Mengambang sebagai Filem Terbaik dan juga berjaya meraih anugerah Pengarah Terbaik dalam Festival Filem Malaysia ke-21. Juga tahniah kepada pelakon Rosyam Noor yang berjaya dianugerahkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik dan juga Maya Karin sebagai Pelakon Wanita Terbaik.

Semoga filem ini menjadi pendorong semangat kepada pengarah-pengarah lain di Malaysia untuk mencuba sesuatu yang baru. Yang popular itu tidak semestinya yang terbaik dan yang terbaik itu tidak semestinya popular.

*Gua sedang tunggu filem lu sama Afdlin Shauki dan Aziz M. Osman, mesti best punya!

Tiada ulasan: