Isnin, 4 Ogos 2008

SERAM DARI BOLLYWOOD

Mungkinkah Bollywood pula menjadi pengeluar filem-filem seram di rantau Asia ini? Yalah, selepas Jepun, Hong Kong, Taiwan, Indonesia dan Malaysia (Malaysia? well, mengikut review tentang Susuk yang aku baca, termasuk dalam akhbar, filem Susuk boleh dikatakan antara filem seram yang baik keluaran Malaysia, bravo!), Bollywood pun nampaknya tak mahu ketinggalan.

Dua buah filem seram telah dihasilkan dan akan ditayangkan (tidak pasti sama ada ditayangkan di Malaysia atau tidak, aku yakin VCD/DVD nya akan didapati di sini). Pertama ialah filem Phoonk arahan Ram Gopal Varma ataupun RGV dan filem 1920 arahan Vikram Bhatt.

Phoonk adalah sebuah filem seram yang mengisahkan seorang atheist yang percaya setiap kejadian yang berlaku itu pasti ada penjelasan yang logikal tentangnya, bagaimanapun apabila mengalami sendiri kejadian aneh yang tidak dapat dirungkainya, fikirannya sudah mulai berubah dan mula menerima hakikat bahawa bukan segalanya dapat dijelaskan dengan logik akal.


1920 pula mengisahkan tentang sebuah rumah lama yang mempunyai rahsianya sendiri. Ramai yang pernah tinggal di rumah tersebut tetapi mati ataupun hilang begitu sahaja, seolah-olah rumah tersebut telah disumpah. Sepasang suami isteri iaitu Arjun dan Lisa berpindah ke rumah itu dan cuba menjadikannya sebuah hotel. Ramai orang yang mengatakan mereka tidak akan bertahan lama, sama ada mereka akan keluar daripada rumah tersebut ataupun menerima nasib yang sama dengan penghuni-penghuni sebelum ini. Memang berlaku perkara aneh dan menakutkan yang dialami Arjun dan Lisa namun ia tidak mematahkan semangat mereka malahan menguatkan lagi perasaan cinta antara mereka.

Aku bukanlah peminat filem-filem Hindustan ataupun Bollywood tetapi sekiranya ada kelainan dihasilkan daripada sana, aku tak kisah menontonnya.

TRAILER 1920

2 ulasan:

mahhass berkata...

Zul, ada satu lagi filem Bolly yang ambil idea What lies beneath. Aku tak ingat tajuknya, tapi heroin dia seksi amatsss

zulazahari berkata...

Aku rasa filem Raaz kot, tapi aku tak suka filem tu, konon nak buat horror sgt tapi tak menjadi.