Isnin, 4 Ogos 2008

DUNIA PERLUMBAAN

Kepada peminat-peminat filem adventure berbentuk 'road movie' dan perlumbaan auto, dua buah filem bakal menemui dan memuaskan anda.

Pertama filem tebaru lakonan pelakon macho Jason Statham iaitu Death Race. Sewaktu Sly ataupun Sylvester Stallone mengatakan pelakon-pelakon sekarang ramai yang lembik-lembik, aku rasa macam nak suruh dia berentap dengan Jason Statham atau Vin Diesel, sebab pada aku tak semua pelakon sekarang lembik. Masih ada yang brutal contohnya seperti Statham.

Death Race adalah remake untuk filem Death Race 2000 yang diterbitkan pada tahun 1975. Filem ini diarahkan oleh Paul W. S. Anderson (Mortal Kombat, Resident Evil). Filem ini berbentuk dystopia di mana ia mengisahkan tentang para banduan yang terpaksa berentap sesama sendiri untuk kebebasan dan juga sebagai hukuman. Dan perlawanan ini digelar Death Race di mana para banduan akan berlumba sehingga ke garisan penamat dan terpaksa merentasi halangan-halangan maut yang menanti mereka sepanjang perlumbaan (similar dengan filem The Running Man).


Hell Ride pula ialah filem arahan Larry Bishop dan diterbitkan oleh Quentin Tarantino. Larry Bishop memegang watak sebagai penunggang motosikal bernama Pistolero bersama-sama rakan-rakannya iaitu The Gent (Michael Madsen) dan Comanche (Eric Balfour) menuntut bela di atas kematian teman wanitanya Cherokee Kisum (dilakonkan oleh Julia Jones) yang dibunuh oleh kumpulan motosikal 666ers.

Turut berlakon dalam filem ini ialah bekas pemain bolasepak Liga Inggeris iaitu Vinnie Jones dan pelakon veteran Dennis Hopper sebagai ketua penjahat Eddie 'Scratch' Zero.

Kalau dah filem ini diterbitkan oleh Quentin Tarantino dan plot filemnya tentang dendam, sudah pasti banyak pertumpahan darah dalam filem ini. Wow! Aku harap ia melepasi sekatan dan dapat ditayangkan di sini.

Tiada ulasan: