Isnin, 4 Ogos 2008

PACINO DAN DE NIRO BERTEMU LAGI

Kali terakhir mereka bertemu adalah dalam filem Heat (1995). Dalam filem itu mereka adalah seteru di mana Al Pacino memegang watak sebagai Detektif LAPD manakala Robert De Niro pula adalah ketua perompak. Sebelum itu Pacino dan De Niro pernah berlakon bersama di dalam filem The Godfather II.

Mereka akan dipertemukan lagi dalam filem terbaru Righteous Kill yang diarahkan oleh Jon Avnet. Di dalam filem ini mereka akan bergandingan bersama sebagai detektif yang menyiasat beberapa kejadian pembunuhan di kota New York. Yang menjadi misteri adalah corak pembunuhan itu sama dengan cara pembunuhan yang dilakukan oleh seorang pembunuh yang masih dipenjara. Adakah ia dilakukan oleh pembunuh yang sama ataupun oleh seorang pembunuh peniru (copycat killer)? Ataupun pembunuh sebenarnya masih bebas dan mereka telah memenjarakan orang yang salah?

Filem ini dijangka akan menemui penonton pada 12 September 2008.

Tiada ulasan: