Isnin, 4 Ogos 2008

MARI MEMBURU MANUSIA

Quentin Tarantino pernah memuji filem ini sewaktu lawatannya ke Sydney pada tahun 2003 untuk promosi filem Kill Bill: Vol 1.

Turkey Shoot yang diterbitkan pada tahun 1982 adalah sebuah filem gred B keluaran Australia. Di United Kingdom ia dikenali dengan judul Blood Camp Thatcher, yang disalah ertikan sebagai merujuk kepada bekas Perdana Menteri Britain, Margaret Thatcher. Sebenarnya ia merujuk kepada watak kem komander dalam filem ini iaitu Charles Thatcher.

Latar masa filem ini berlaku di masa hadapan, beberapa 'pesalah sosial' dihantar ke kem tahanan untuk 'dipulihkan'. Tahanan yang baru dimasukkan ke dalam Camp 47 ialah Chris Walters (Olivia Hussey) seorang pekedai yang dituduh membantu para pemberontak, Rita Daniels (Lynda Stoner) disyaki menjalankan kegiatan pelacuran dan Paul Anders (Steve Railsback) seorang tahanan yang telah beberapa kali melepaskan diri dari kem tahanan lain. Camp 47 adalah kem yang paling teruk daripada kem-kem lain.

Kem ini dibawah seliaan kem komander yang kejam iaitu Charles Thatcher (Michael Craig). Thatcher telah membuat tawaran kepada tahanan-tahanan baru ini, sekiranya mereka ingin dilepaskan mereka hendaklah bermain satu permainan ciptaannya. Permainan itu digelar Turkey Shoot. Mereka akan dilepaskan ke dalam hutan dan kemudian satu pasukan daripada kem itu akan memburu mereka. Sekiranya mereka dapat menghindarkan diri dari terserempak dengan pasukan ini sehingga petang, mereka akan selamat. Sebaliknya sekiranya mereka terserempak dengan pasukan ini, mereka akan dibunuh dengan cara yang paling sadis oleh pasukan tersebut.

Untuk filem yang senada dengan Turkey Shoot, anda boleh tonton Battle Royale Part 1 dan 2, The Condemned, Death Race 2000, The Running Man dan Death Race.

1 ulasan:

mahhass berkata...

Wow, aku tak pernah tahu pasal filem ni. Thx for the info. Nanti aku cari kat amazon. Mungkin Dog Soldiers & Wilderness influence dari filem ni jgk kot.