Isnin, 4 Ogos 2008

PENAKLUKAN KLON


Mungkin anda pernah menonton filem ini. Mungkin juga tidak. Filem ini juga merupakan 'cult classic' yang dilupakan.

The Lucifer Complex, filem yang diterbitkan pada tahun 1978. Filem ini telah pun dikeluarkan dalam bentuk DVD tapi jangan harap nak jumpa di kedai-kedai DVD. Sekiranya anda ingin menontonnya, anda boleh memesannya melalui Amazon.com.

Filem ini dibintangi oleh Robert Vaughn (Napoleon Solo dalam siri TV The Man From U.N.C.L.E, tak pernah menonton siri ini, sayang sekali, antara siri TV yang best pada tahun 60'an dan 70'an).

Sebuah filem bercorak apokaliptik, mengisahkan dunia telah musnah pada tahun 1996, selepas perang dunia ketiga yang dicetuskan semula oleh Nazi. Seorang lelaki (mungkin pengembara, ataupun mungkin satu-satunya manusia yang masih hidup, rujuk The Omega Man) telah terjumpa sebuah makmal di sebuah pulau. Di dalam makmal itu dia memainkan semula pita video yang dijumpainya di dalam makmal tersebut.

Pada tahun 1986, pihak Nazi telah berjaya menemui cara untuk mengklonkan manusia. Dengan teknologi ini mereka boleh menculik dan membunuh mana-mana pemimpin dunia dan menggantikannya dengan klon. Dengan ini mereka dapat mengawal operasi dunia.

Filem ini tidak pernah ditayangkan di pawagam tetapi ditayangkan terus ke television. Filem ini pernah ditayangkan di RTM lewat tahun 80'an dahulu. Aku masih ingat filem ini dan sekarang sedang menjalankan pencarian semula filem-filem lama yang masih bermain di ingatan aku, antaranya :

Dirty Mary, Crazy Larry

Convoy,

Vanishing Point,

Smokey and the Bandit Part 1 & 2,

Our Man Flint,

Starship Invasions,

The Naked Face,

The Wild Geese Part 1 & 2,

Codename Wildgeese

dan banyak lagi.

Tiada ulasan: