Isnin, 4 Ogos 2008

BOLLYWOOD ROCKERS

Lagi cerita pasal industri perfileman Bollywood, jangan marah, yer. Bukan apa, cuma aku agak kagum bila filem-filem Bollywood sekarang sudah berlainan ragamnya, tidak lagi filem percintaan yang memaparkan adegan percintaan kejar-mengejar keliling pokok, berguling-guling di lereng bukit, menari menyanyi dalam hujan, tukar baju dekat 40 kali. Sekarang dah ada pelbagai genre dalam filem Hindustan, tidak stereotaip macam dulu lagi.

Ini pula kisah tentang empat orang rockers Hindustan. Rock On! Aku rasa ini filem Hindustan pertama yang menampilkan muzik rock sebagai tema filemnya. Kalau sebelum ini kita asyik mendengar lagu-lagu Hindustan rentak tradisional, mungkin dalam filem ini kita dapat mendengar lagu-lagu Hindi dalam irama rock pula.

Filem ini diarahkan oleh Abhishek Kapoor (bukan anak Amitabh Bachchan) dan dilakonkan oleh Arjun Rampal, Purab Kohli, Luke Kenny dan Farhan Akhtar. Farhan Akhtar menyanyikan lima lagu dalam filem ini. Ia mengisahkan empat orang sahabat telah menubuhkan sebuah kumpulan rock bernama Magik. Mereka mempunyai latar belakang yang berbeza tetapi apabila membuat persembahan, mereka seakan-akan menjadi satu. Nama mereka hampir menjadi kumpulan rock nombor satu di India, tetapi impian mereka berkubur apabila muzik rock agak sukar mendapat tempat di India ketika itu (kisah ini berlaku pada tahun 1998). Beberapa tahun kemudian mereka bertemu semula dan membuat reunion.

Seperti yang pernah aku nyatakan, aku tak kisah sekiranya filem itu filem Hindi, Tamil ataupun daripada mana-mana tempat di dunia ini. Asalkan filem itu bagus dan ada kelainan, aku pasti akan menontonnya. Dan filem Rock On! ini pasti akan aku dapatkan sebagai koleksi, walaupun ia filem Hindi (ada setengah orang underestimate filem Hindi disebabkan oleh pandangan mereka yang tipikal tentang filem Hindi. Tak semua filem Hindi mengutarakan kisah cinta semata-mata, ataupun kisah polis makan rasuah, ada juga filem Hindi yang plotnya berbeza).

Tiada ulasan: