Selasa, 5 Ogos 2008

DEADLINE KRU

KRU akan mencipta nama di persada filem antarabangsa apabila filem seram psikologi mereka yang pertama berjudul Deadline siap penggambarannya.

Deadline adalah kerjasama KRU Studios bersama Enso Entertainment. Ia akan diarahkan oleh Sean McConville (rasanya ini filem pertama arahannya) dan akan dibintangi oleh Brittany Murphy (Sin City), Thora Birch (American Beauty) dan Mark Blucas (Meet Dave).

Norman KRU adalah Penerbit Eksekutif untuk filem ini manakala Yusri KRU sebagai pengarah visual effects.

Sinopsis ringkas filem ini adalah tentang seorang penulis bernama Alice (Brittany Murphy) yang menginap di sebuah rumah lama untuk menyiapkan satu lakon layar. Di rumah tersebut Alice sering terdengar bunyi yang datang dari arah loteng. Alice memberanikan diri untuk menyiasat dan menemui beberapa pita lama yang tersimpan di dalam loteng. Selepas memainkan beberapa pita Alice mendapati ada kaitan antara apa yang terkandung di dalam pita-pita itu dan dirinya.

Filem ini dijangka ditayangkan pada pertengahan tahun 2009.

Tiada ulasan: