Jumaat, 4 Julai 2008

PEPERANGAN RED CLIFF

Sejak kemasukan Hong Kong semula ke negara China pada tahun 1997, filem-filem sejarah dan kegemilangan negara China kuno semakin berkembang pesat. Bermula dengan filem Crouching Tiger, Hidden Dragon arahan Ang Lee pada tahun 2000 sehinggalah yang terbaru, sebuah filem arahan John Woo (A Better Tomorrow, Face Off ), The Battle of Red Cliff (aka Chi Bi).

Kerajaan Republik Rakyat China sanggup membiayai perbelanjaan yang besar untuk membikin filem berkaitan sejarah negara itu demi untuk mempromosikan kebudayaan dan latarbelakang negara China. Dengarnya filem The Battle of Red Cliff juga adalah salah satu promosi untuk Sukan Olimpik 2008 di Beijing.

The Battle of Red Cliff adalah salah satu kisah yang terdapat dalam novel
Romance of the Three Kingdoms. Sebelum ini filem Three Kingdoms: Resurrection of the Dragon yang diarahkan oleh Daniel Lee juga merupakan petikan daripada novel tersebut.

The Battle of Red Cliff dibintangi oleh Tony Leung Chi Wai (aku suka pelakon ini sejak kemunculan pertamanya dalam drama TV Police Cadet lagi), Takeshi Kaneshiro (The Warlords) dan Zhao Wei (Shaolin Soccer). Takeshi Kaneshiro akan muncul tak lama lagi dalam sebuah filem terbitan Hollywood yang diadaptasi daripada permainan video Jepun iaitu Ominusha.

TRAILER THE BATTLE OF RED CLIFF

Tiada ulasan: