Jumaat, 4 Julai 2008

DI ANTARA SYURGA DAN BUMI


Filem seni mempertahankan diri dari Korea Selatan agak kurang ditayangkan di Malaysia kerana filem-filem seni mempertahankan diri daripada Hong Kong dan China lebih menonjol dan mendapat sambutan. Dan sekarang filem-filem 'martial arts' daripada Thailand pun sudah mendapat tempat di Malaysia.

The Restless ataupun dikenali juga dengan nama Midheaven adalah sebuah filem epik fantasi yang diselitkan dengan seni mempertahankan diri daripada Korea Selatan. Filem ini tidak kurang hebatnya dan setanding dengan filem-filem 'Wuxia' (Kung-fu) daripada Hong Kong dan China.

Kisahnya berlaku pada abad ke-10 di saat Empayar Shilla sedang bergolak, seorang pemuda bernama Lee Kwak menyertai pasukan penghapus syaitan diraja. Lee Kwak dianugerahkan kebolehan istimewa untuk melihat 'makhluk halus'. Atas kebolehannya Lee Kwak telah dilantik menjadi pahlawan diraja dan menyebabkan ada pihak di dalam pasukannya tidak berpuas hati. Disebabkan pergolakan politik, Lee Kwak telah meninggalkan pasukannya dan menjadi pemburu syaitan secara sendirian.

TRAILER THE RESTLESS.

1 ulasan:

mahhass berkata...

Blog cun. Informatif. Macam2 ada. Yg penting gelap cam blog aku haha. Maju terus.