Isnin, 7 Julai 2008

HIDUP SIA-SIA ATAU MATI UNTUK SESUATU

Aku baru sahaja menonton filem Rambo 4 hari Sabtu lalu. Ketinggalan? Ya, aku akui memang aku tertinggal jauh. Shah Misery dah menonton filem ini sebanyak 4 kali manakala aku baru menontonnya. But, better late than never.


Aku memang berpuas hati dengan aksi dalam filem ini. Sudah lama aku tak menonton sebuah filem peperangan di dalam hutan seperti ini. Sejak peperangan Iraq dan peristiwa 9 September kita asyik didedahkan dengan kisah peperangan di padang pasir dan juga peperangan di dalam hutan batu.


Ada yang mengatakan Sylvester Stallone cuba untuk membuat propaganda Amerika melalui filem ini iaitu menjadikan Myanmar sebagai musuh baru Amerika. Bagaimanapun aku rasa apa yang cuba ditonjolkan oleh Stallone dalam filem ini adalah pergolakan dalam diri Rambo itu sendiri, sebagai mangsa peperangan, juga sebagai manusia yang telah diprogramkan oleh negaranya untuk membunuh.


Juga filem ini seolah-olah menasihatkan kita agar jangan sekali-kali terlibat dalam peperangan, kerana sekali kita terlibat maka seumur hidup kita akan dihantui dengan peperangan itu. Sekali kita menjadi pembunuh, maka selama-lamanya naluri pembunuh itu akan menguasai kita. Itu adalah pendapat aku mengenai filem ini.


Atas sambutan hangat terhadap siri Rambo yang keempat ini, kemungkinan filem ini bukanlah filem Rambo yang terakhir. Dengarnya Stallone akan membuat sambungan bagaimana Rambo akan menyesuaikan diri di tanahairnya sendiri. Menurut Stallone, filem Rambo V lebih berbentuk drama manakala aksi serta keganasan Rambo akan dikurangkan. Adakah peristiwa di dalam filem First Blood (filem Rambo yang pertama) akan berulang semula? Sama-sama kita nantikan.


Carta keganasan yang dipaparkan di dalam keempat-empat siri Rambo. Filem Rambo IV mencatatkan jumlah keganasan yang tertinggi menjadikan filem ini yang paling ganas antara filem-filem Rambo. Carta dipetik dari Wikipedia.

Tiada ulasan: