Isnin, 7 Julai 2008

GILA GUSTI


Di zaman persekolahan, rancangan Gusti memang merupakan rancangan kegemaran aku ketika itu. Lebih seronok bila menontonnya bersama-sama ayah dan atuk yang ketika itu memang merupakan 'die hard fans' acara gusti.

Antara rancangan gusti yang popular adalah WWF Wrestling yang disiarkan di TV2 (dulu Rangkaian Kedua) pada waktu malam, aku sudah lupa malam bila tapi kami mesti duduk di depan TV mengadap rancangan kegemaran kami itu.

Aku boleh menghafal nama-nama ahli gusti yang bertanding antaranya seperti Hulk Hogan, Ultimate Warrior, Jake The Snake Roberts, Brutus The Barber Beefcake, The Hart Foundation, The Killer Bees, British Bulldog dan ramai lagilah.

Minatku dan ayahku tehadap gusti mula pudar apabila usia semakin meningkat. Aku juga mulai kurang meminati gusti apabila mengetahui bahawa semuanya adalah 'fake' dan pertandingan yang dipaparkan adalah 'set-up' semata-mata. Walaupun begitu, kecederaan dalam rancangan gusti adalah benar (tak semua, ada juga yang direka untuk menambahkan klimaks).

Malahan nama World Wrestling Federation (WWF), syarikat yang memperkenalkan acara gusti sebagai satu acara yang popular di dunia telah ditukarkan namanya kepada World Wrestling Entertainment (WWE), maknanya gusti bukan lagi merupakan acara sukan sebaliknya sebuah acara hiburan yang menggunakan keganasan untuk populariti. Sesuatu yang lazim dalam arena gusti WWE, mesti ada protagonis dan antagonis (watak baik dan jahat), mesti ada team yang baik dan team yang jahat. Malahan penggusti yang baik boleh bertukar menjadi jahat dan penggusti jahat menjadi penggusti baik pula. Semuanya dilakukan untuk mencapai rating yang tinggi.

Aku tertanya-tanya adakah senario politik di Malaysia juga meniru format gusti WWE? Just a thought.


BLOG THE ULTIMATE WARRRIOR

Tiada ulasan: