Khamis, 10 Julai 2008

LAGU-LAGU BERHANTU YANG MASIH SEGAR DI INGATAN AKU


Dream Warriors - Dokken

Lagu ini dimuatkan dalam album Back for the Attack dan turut menjadi runut bunyi untuk filem seram Nightmare on Elm Street 3: Dream Warriors. Ia ditulis oleh anggota band Dokken sendiri iaitu George Lynch dan Jeff Pilson. Dokken turut berlakon di dalam muzik video untuk soundtrack ini di mana Dokken telah menjadi hero menyelamatkan seorang awek daripada dibunuh oleh
Freddy Krueger dengan menggunakan kuasa muzik rock. Cuba check di youtube, muzik video ini mungkin ada di sana.


Superstitious - Europe

Lagu ini dimuatkan dalam album Out of This World. Apa yang berhantu tentang lagu ini ialah muzik videonya yang difilemkan di sebuah istana lama di New York. Lagu ini ditulis oleh vokalis Europe sendiri iaitu Joey Tempest.


Iron Man - Black Sabbath

Apabila menyebut tentang Iron Man nyanyian Black Sabbath, ramai yang teringatkan kepada
watak komik. Sebenarnya Iron Man mengisahkan tentang seorang lelaki yang boleh mengembara melalui masa untuk menyelamatkan manusia. Malangnya lelaki ini telah terperangkap di dalam satu medan kuasa magnetik yang menukarkannya menjadi manusia logam. Apabila dia dapat melepaskan diri dari medan kuasa tersebut, dia kembali ke dunia asal tetapi telah disalah anggap oleh manusia bahawa dia adalah sejenis rasaksa. Akibat rasa kecewa dan terkilan dengan sikap manusia yang pernah diselamatkannya dulu, lelaki ini menyimpan dendam dan membunuh mereka yang pernah diselamatkannya dulu. Lagu Iron Man telah memenangi anugerah Grammy untuk Persembahan Metal Terbaik pada tahun 2000. Lagu ini dimuatkan dalam album Paranoid pada tahun 1970 dan juga dalam album kompilasi We Sold Our Soul for Rock 'n' Roll pada tahun 1976.


Them - King Diamond

Them adalah sebuah album berkonsep persembahan King Diamond yang dikeluarkan pada tahun 1988. Ia mengisahkan tentang seorang budak lelaki yang tinggal di sebuah rumah berhantu dan sering menyaksikan peristiwa-peristiwa aneh dan menakutkan. Akhirnya budak tersebut mendapati bahawa segala peristiwa itu dilakukan oleh neneknya menggunakan ilmu hitam dan dia telah membunuh neneknya dengan menggigitnya hingga mati. Budak itu ditangkap polis dan diletakkan di dalam rumah sakit jiwa. Beberapa tahun kemudian, budak itu telah dewasa dan dibebaskan. Apabila kembali ke rumah tersebut, segala peristiwa aneh itu masih berlaku dan yang lebih menakutkan, neneknya masih hidup dan berada di rumah tersebut menunggu kepulangannya.


Lock Up the Wolves - DIO

Lagu ini dimuatkan dalam album kelima DIO yang menggunakan judul yang sama. Ia ditulis oleh Ronnie James Dio. Aku tak berapa faham sangat apa maksud lagu ini tapi pada waktu lagu ini dikeluarkan, aku dengan member-member aku (waktu itu aku dalam form 5) tengah minat gila dengan filem-filem werewolf. Disebabkan itu member-member aku pada waktu itu menggelarkan aku 'Wolf"


Poison - Alice Cooper

Lagu ini dimuatkan dalam album Alice Cooper berjudul Trash yang diterbitkan pada tahun 1989. Ia ditulis oleh Alice Cooper sendiri dan Desmond Child (penulis yang banyak menulis lagu-lagu hits untuk kumpulan rock tahun 80'an dan 90'an seperti Roxette, Aerosmith, Bon Jovi dsb). Lagu ini mempunyai 'double meaning' di mana ramai beranggapan lagu ini mengisahkan bagaimana penyiksaan seorang wanita terhadap jiwa seorang lelaki sehingga wanita itu dianggap sebagai racun di dalam hidupnya, ada pula yang beranggapan 'poison' yang dimaksudkan adalah dadah. Video muzik untuk lagu ini agak kontroversi dan telah diharamkan daripada ditayangkan kepada umum kerana ia memaparkan wanita yang berbogel.


Red Right Hand - Nick Cave and the Bad Seeds

Lagu ini dimuatkan dalam album Let Love In (jangan terkeliru dengan album Goo Goo Dolls yang mempunyai judul yang sama) dikeluarkan pada tahun 1994. Tajuk lagu ini diambil dari sepotong ayat dalam puisi
Paradise Lost karya John Milton. Disebabkan oleh 'tune' lagu ini yang agak menyeramkan, ia sering dimuatkan sebagai soundtrack untuk filem-filem seram antaranya seperti The X Files, Scream dan Hellboy. Bagaimanapun dalam filem Hellboy, lagu ini telah di 'cover' oleh Pete Yorn. Dan lagu ini ada kaitan dengan album Nick Cave yang seterusnya iaitu Murder Ballads.


Where the Wild Roses Grow - Nick Cave & Kylie Minogue.

Lagu ini dimuatkan dalam album Nick Cave yang seterusnya iaitu Murder Ballads pada tahun 1996. Nick Cave mendapat inspirasi untuk menulis lagu ini berdasarkan kepada lagu tradisi Inggeris iaitu The Willow Garden yang mengisahkan tentang seorang lelaki yang mengurat seorang wanita, kemudian membunuhnya sewaktu mereka keluar 'dating'. Ia juga menjadi plot untuk muzik video lagu ini yang mengisahkan seorang pemuda yang dilakonkan oleh Nick Cave, begitu mengagumi seorang gadis bernama Eliza Day (Kylie Minogue). Pemuda itu menggelarkan gadis tersebut Wild Rose. Pemuda itu berjaya memikat Eliza dan mengajaknya keluar untuk temujanji. Kemudian mereka sering berjumpa sehingga suatu hari pemuda itu membawa Eliza ke tebing sungai. Di situ dia memberikan Eliza ciuman terakhir dan memukul kepala Eliza dengan batu. Dia membawa Eliza ke sebuah tempat yang dipenuhi bunga mawar, meletakkan sekuntum mawar di mulut Eliza dan menutup matanya. Muzik video untuk lagu ini mungkin terdapat di dalam youtube. Muzik video ini juga hampir menyamai muzik video Hazard nyanyian Richard Marx yang lebih berbentuk misteri pembunuhan. Aku akan menulis tentang Hazard dalam entri yang akan datang.

Tiada ulasan: