Khamis, 10 Julai 2008

WAJAH YANG TELANJANG


Filem ini mungkin sukar untuk didapati di kedai-kedai VCD. Kalau ada pun mungkin dalam format DVD dan harganya pastilah RM50 ke atas. Nak cari yang 'pirate' pun aku rasa tak ada memandangkan filem ini adalah filem lama. Tapi tengok nasib jugak, kadang-kadang ada.

The Naked Face dikeluarkan pada tahun 1983 dan diarahkan oleh Bryan Forbes. Ia berdasarkan pada novel dengan judul yang sama hasil karya penulis novel popular,
Sidney Sheldon. Ia dibintangi oleh Roger Moore, Rod Steiger, Elliott Gould dan Anne Archer.

Kalau melihat pada poster filem ini pasti ramai yang menyangka ia adalah filem perisik ala-ala James Bond, tambahan pula pelakonnya Roger Moore. Dulu pun aku sangka begitu juga. Aku pernah menonton filem ini ketika aku dalam Darjah 4 tetapi pada waktu itu aku anggap filem ini membosankan. Bila filem ini ditayangkan di televisyen sewaktu aku di sekolah menengah, barulah aku dapat menghayati filem ini, mungkin fikiran aku dah matang sikit waktu itu dan sudah boleh menerima sesuatu yang 'serius' seperti ini.

The Naked Face adalah sebuah filem misteri thriller. Watak Roger Moore dalam filem ini berbeza benar dengan wataknya dalam filem Bond. Dalam filem ini Roger Moore adalah seorang pakar psikiatri bernama Dr. Judd Stevens. Dr. Judd Stevens telah disyaki membunuh salah seorang pesakitnya apabila pesakit itu ditemui mati ditikam di tengah bandar. Setelah gagal meyakinkan pihak polis bahawa dia tidak melakukan pembunuhan tersebut, Dr. Judd Stevens telah mengambil tindakan sendiri untuk menjejaki pembunuh sebenar. Hinggalah akhirnya penyiasatannya membawa Dr. Judd Stevens bertemu dengan penjenayah sebenar, salah seorang anggota kongsi gelap paling berkuasa di bandar Chicago.

Di dalam filem ini Roger Moore tak macho lansung, asyik kena terajang, tumbuk, torture habis-habisan. Maklumlah, doktor, bukannya Super Agent macam James Bond. Tapi aku suka lakonannya dalam filem ini, memang meyakinkan.

Tiada ulasan: