Rabu, 9 Julai 2008

HARI DI MANA BUMI BERHENTI BERPUTAR


Mulanya aku menyangka filem ini akan diarahkan oleh Tim Burton kerana dia yang suka 'remake' filem-filem 'cult' tahun 50'an. Tapi aku telah tersalah teka.

The Day the Earth Stood Still adalah remake untuk filem dengan judul yang sama yang diterbitkan pada tahun 1951 yang diilhamkan daripada cerpen
Farewell to the Master karya Harry Bates.

Ia mengisahkan dunia di ambang kemusnahan akibat peperangan sesama manusia. Suatu hari dunia telah dikunjungi oleh makhluk asing bernama Klaatu yang membawa mesej keamanan dan meminta agar manusia berhenti berperang sesama sendiri. Malangnya kedatangan Klaatu telah disalah anggap kononnya hendak menawan dunia.

Watak Klaatu dibawakan oleh Keanu Reeves. Turut berlakon dalam filem ini ialah Jeniffer Connelly, Kathy Bates dan John Cleese. Filem ini diarahkan oleh Scott Derrickson (The Exorcism of Emily Rose).

TRAILER THE DAY THE EARTH STOOD STILL

Tiada ulasan: